TWILIVE

Pendaftaran Rakan

Yuran penyertaan RM30 bagi tempoh 1 tahun.

RM30 / setahun

Waris Pertama *

Terma & Polisi *

1. TWILIVE MALAYSIA ialah pelan persediaan oleh Sama Membantu Resources untuk membantu rakyat Malaysia menghadapi kos rawatan pembedahan, berlandaskan konsep saling membantu dalam kalangan rakan TWILIVE. Tumpuan ialah kos rawatan pembedahan secara sekali sahaja (one-off), tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang ditetapkan.

2. Plan Rawatan Kesihatan – Pembedahan: kos minimum RM500.00, maksimum tanpa had, jenis rawatan sekali sahaja. Meliputi kos rawatan pembedahan yang diperlukan dari segi perubatan; tidak termasuk pembedahan kosmetik dan estetik.

3. Syarat pendaftaran: terbuka kepada semua peringkat umur dan penduduk di Malaysia. Warganegara perlu mengemukakan salinan Kad Pengenalan; bukan warganegara perlu mengemukakan salinan Pasport dan bukti alamat tempat tinggal di Malaysia.

4. Pendaftaran boleh dibuat melalui ejen TWILIVE yang sah atau Ibu Pejabat (HQ) TWILIVE di 011-5782 6119. Pemohon mengisi borang pendaftaran, mengemukakan dokumen pengenalan diri, dan membuat bayaran langganan iklan RM30.00 untuk tempoh satu tahun semasa pendaftaran. Langganan sah selama satu tahun dari tarikh pendaftaran; tempoh bayaran langganan tahun berikutnya ialah tiga bulan.

5. Syarat permohonan kos rawatan: rakan TWILIVE mestilah telah mencapai tempoh matang selama 3 bulan, dan permohonan hendaklah dibuat sebelum rawatan pembedahan dijalankan. Dokumen diperlukan: borang permohonan, surat pengesahan doktor, surat akuan Pesuruhjaya Sumpah, dan sebut harga kos rawatan jika diperlukan.

6. Makluman: kos rawatan tidak diberikan secara tunai kepada pemohon; ia diproses berdasarkan jumlah yang berjaya dikumpulkan. Sekiranya pemohon meninggal dunia selepas permohonan disiarkan, jumlah terkumpul diserahkan kepada waris yang didaftarkan.

7. Tempoh pengiklanan dan penyerahan: Hari 1 — terima permohonan dan proses iklan; Hari 2–7 — iklan disiarkan; Hari 8–9 — proses penyerahan, tertakluk kepada pengesahan dan ketetapan TWILIVE. Penyerahan dibuat melalui cek atau dalam talian.

8. Pembahagian jumlah terkumpul: sokongan rakan disalurkan ke akaun rasmi PERTUBUHAN TAAWANU bagi pengurusan dan penyaluran. Jika kutipan tidak mencukupi, pembahagian dibuat mengikut jumlah yang berjaya dikumpulkan dan kaedah yang ditetapkan TWILIVE. Lebihan sokongan disalurkan kepada pemohon seterusnya yang layak mengikut turutan.

9. Caj pengurusan dan khidmat periklanan dikenakan pada kadar 0% hingga maksimum 30% bagi setiap permohonan. Caj tidak ditolak daripada kos rawatan pemohon; sebaliknya jumlah sasaran kutipan ditetapkan dengan mengambil kira kos rawatan dan caj berkenaan. Kadar caj dan jumlah sasaran kutipan akan dimaklumkan dengan jelas kepada pemohon sebelum permohonan disiarkan.

10. Setiap permohonan adalah tertakluk kepada syarat, proses semakan, tempoh pengiklanan dan ketetapan TWILIVE. TWILIVE MALAYSIA (Sama Membantu Resources) — “Sayangi Diri, Sayangi Keluarga”.