TWILIVE

Pendaftaran Ejen

Yuran pendaftaran ejen adalah RM60 seumur hidup.

Komisen RM10 bagi setiap rakan baharu.

Butiran Bank *

Terma & Polisi *

1. Kelayakan ejen: berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan; mempunyai dokumen pengenalan diri (Kad Pengenalan/Pasport) yang sah; mendapat kelulusan rasmi daripada pihak pengurusan TWILIVE; bersetuju mematuhi seluruh kandungan Polisi Ejen TWILIVE; dan menjalankan tugas secara jujur, amanah dan bertanggungjawab.

2. Tugas dan tanggungjawab: memperkenalkan TWILIVE kepada bakal pelanggan secara tepat; membantu pelanggan memahami terma langganan RM30/tahun; membimbing urusan pendaftaran pelanggan baharu; memastikan maklumat dan dokumen pelanggan lengkap; menjaga kerahsiaan data peribadi pelanggan; dan mematuhi segala arahan serta polisi TWILIVE dari semasa ke semasa.

3. Ejen perlu merekodkan setiap nama pelanggan di bawah akaun ejen bagi mengesahkan komisen. Pastikan setiap pendaftaran pelanggan baharu menggunakan pautan atau rujukan khas ejen supaya sistem dapat merekodkan akaun ejen dengan tepat.

4. Komisen: RM10 bagi setiap pelanggan baharu yang melanggan RM30. Baki RM20 adalah pengurusan TWILIVE. Komisen ejen = jumlah pelanggan baharu × RM10.

5. Komisen berterusan (pembaharuan tahunan): sekiranya pelanggan yang sama terus melanggan dan membuat pembaharuan tahunan RM30, ejen akan terus menerima RM10 lagi bagi pelanggan tersebut pada tahun-tahun berikutnya, selagi pelanggan kekal aktif.

6. Pembayaran komisen: dibayar pada minggu pertama setiap bulan (1 hingga 7 haribulan), berdasarkan bayaran pelanggan yang telah diterima dan disahkan oleh TWILIVE, dan hanya jika nama ejen direkodkan semasa pelanggan mendaftar.

7. Larangan: ejen dilarang memberikan maklumat palsu atau mengelirukan; memalsukan atau mengubah dokumen rasmi pelanggan; menyalahgunakan maklumat peribadi pelanggan; menggunakan nama TWILIVE untuk kepentingan peribadi tanpa kebenaran bertulis; dan membuat sebarang janji atau jaminan mengenai kelulusan atau jumlah bantuan TWILIVE.

8. Penamatan: pihak pengurusan TWILIVE MALAYSIA berhak menamatkan status ejen serta-merta sekiranya berlaku pelanggaran polisi ejen, penipuan maklumat atau pendaftaran tidak sah, salah guna maklumat pelanggan, atau tindakan yang menjejaskan nama baik TWILIVE. Ejen yang ditamatkan tidak lagi berhak menerima komisen bulanan mahupun komisen pembaharuan tahunan.

9. Semua tindakan salah guna etika akan dikenakan tindakan tatatertib secara serta-merta. Soalan dan bantuan ejen: TWILIVE MALAYSIA / Sama Membantu Resources.